Sunday, July 17, 2011

Analisis percaturan pemain Malaysia

Selepas melihat semula perlawanan Malaysia vs Liverpool, apa yang dapat saya katakan, Syabas Malaysia!! Kesemua pemain bermain mati-matian dan bersungguh2. Cuma kesilapan individu sahaja yang menghukum keseluruhan pasukan. Apapun banyak kombinasi telah diuji pada perlawanan ini, dari pertahanan, tengah, dan penyerang.

Perlawanan Malaysia vs Liverpool amat menarik perhatian saya kerana,
  • (Positif) First-half berakhir dengan 1-1
  • (Positif) Pertahanan Malaysia pada separuh masa pertama agak kental dan serasi
  • (Negatif) Pertahanan Malaysia pada separuh masa kedua sedikit leka
  • (Positif) Penyerang Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol padang menerusi Safee
Kita mulakan analisis dengan barisan pemain Separuh Masa Pertama, strategi pertukaran pemain dan gol yang dihasilkan, juga yang dilepaskan.

Barisan Pemain Malaysia (Separuh Masa Pertama)
  • Mohd Sharbinee Allawee Ramli (GK) #28
  • Mahali Jasuli (DF) #2
  • Mohd Fadhli Shas (DF) #6
  • Muslim Ahmad (DF) #24
  • Asrarudin Putra Omar (DF) #4
  • Baddrol Bakhtiar (R-MD) #23
  • Safiq Rahim (MD) #8
  • Amar Rohidan (MD) #12
  • S.Kunanlan (L-MD) #16
  • Abdul Hadi Yahya (FW) #14
  • Fakri Saarani (FW) #13
Pemain pertahanan yang diturunkan pada separuh masa pertama adalah pemain yang sama ketika Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 [1] yang lepas (seperti gambar dibawah). Begitu juga dengan pemain (MD) tengah. Tetapi gandingan Norshahrul dan Safee tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan. Sebaliknya, penyerang Harimau Muda, Abdul Hadi & Fakri diturunkan. Muslim dan Fadhli sangat serasi selepas ketiadaan Aidil disebabkan kecederaan.


Pertukaran Pemain Malaysia (Separuh Masa Pertama)
  • Izzaq Faris (FW) #7 masuk mengantikan Abdul Hadi (FW) minit 38"
  • K. Gurusamy (MD) #15 masuk mengantikan Amar Rohidan (MD) minit 40"
Hasilnya:
  • Gol pertama Malaysia (1-1) dihasilkan menerusi sepakan bebas Safiq Rahim selepas sepakan Safiq kearah gol terkena tangan pemain Liverpool lebih kurang 20 meter dari pintu gol Liverpool.

Pertukaran Pemain Malaysia (Separuh Masa Kedua)
  • Khairul Fahmi (GK) #22 masuk mengantikan Sharbinee Allawee (GK)
  • Azmi Muslim (DF) #11 masuk mengantikan Asrarudin (DF)
  • Helmi Remeli (DF) #18 masuk mengantikan Mahali (DF)
  • Ashaari (MD) #26 masuk mengantikan Kunalan (MD)
  • Chanturu (MD) masuk mengantikan Baddrol (MD)
  • Shahrizal Saad (FW) #20 masuk mengantikan Fakri Saarani (FW)
  • Ismail Faruqi (MD) #9 masuk mengantikan Safiq (MD)
Hasilnya:
  • Gol kedua Liverpool (2-1) dihasilkan selepas kesilapan Fadhli (DF) mengeluarkan bola dan terkena Muslim (DF). Ianya dimanafaatkan penyerang Liverpool dalam keadaan tidak dikawal. Lihat (gambar dibawah) kedudukan Azmi Muslim (DF) ketika bola melintang kearah pintu gol Malaysia.

Pertukaran Pemain Malaysia (Separuh Masa Kedua)
  • Rizal Fahmi (DF) #5 masuk mengantikan Fadhli (DF)
  • Farisham (DF) #3 masuk mengantikan Muslim (DF)
  • Safee (FW) #10 masuk mengantikan Izzaq (FW)
  • Shakir (MD) #17 masuk mengantikan K.Gurusamy (MD)
  • Amirul Hadi (MD) #21 masuk mengantikan Kunalan (MD)
Hasilnya:
  • Gol keempat Liverpool (4-1) hasil perancangan yang sangat cantek untuk melepasi 5 pemain Malaysia yang sedang bertahan (gambar dibawah). Quick one-touch passing + larian pantas melepasi perangkap offside + bola leret lintang.

References:
  1. Wiki, http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_national_football_team
  2. Berita Harian, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Adakelas_/Article
  3. Video, http://www.youtube.com/watch?v=dfGI7RX3A9Y

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...