Friday, July 29, 2011

Analisis rentetan gambar gol dan taktikal Singapore (1) vs Malaysia (1)

Komen di Astro Arena: 
"Malaysia tidak bermain seperti biasa" 
"Permainan Malaysia di Stadium Jalan Besar (Second-Half) lebih baik"

Komen Rajagopal: 
"Pemain bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh"

Saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat! Tapi saya lebih berminat mengkaji komen oleh pengulas (pemain bolasepak Malaysia) di Astro Arena. 

Pada pendapat saya: 

Rajagopal telah membuat perubahan Taktikal di bahagian tengah dan serangan. Permainan Malaysia semalam bukanlah seperti corak permainan Malaysia (Second-Half) di Stadium Jalan Besar. Taktikal Malaysia di Bukit Jalil: 
Pemain Tengah/Pertahanan Malaysia perlu menghantar terus (bola lambung) kepada Penyerang Malaysia (Target Man: Safee Sali).

Taktikal ini ternyata gagal menghasilkan gol yang diharapkan buat Malaysia, kerana pemain Malaysia sebenarnya lebih selesa bermain dengan hantaran pendek dengan menggunakan pergerakan tengah (Amar & Safiq) dan tepi (Kunalan & Amirul Hadi). Mungkin, perubahan taktikal dibuat kerana ketiadaan Safiq (digantikan oleh Faruqi) dan Malaysia ingin mendapatkan gol secepat mungkin tanpa perlu banyak bermain dibahagian tengah.

Agak menghairankan kenapa Taktikal ini digunakan kerana Safee Sali tidak mempunyai ketinggian untuk menyaingi pemain pertahanan Singapore. Juga terbukti, Gol Malaysia yang dihasilkan adalah dari hantaran bola leret bahagian tengah dan bukanlah menggunakan bola lambung dari bahagian bawah. Jika ketiadaan Safiq dibahagian tengah menjadi alasan, harus diingat Malaysia menghasilkan 2 gol di Stadium Jalan Besar selepas ketiadaan Safiq. Jadi, Safiq bukanlah puncanya!


Pertahanan Malaysia masih banyak kekurangan. Cuma ketangkasan penjaga gol (Khairul Fahmi) sahaja yang menyelamatkan Malaysia dari kekalahan besar. Saya sangat hairan kenapa tiada perubahan Taktikal dibahagian Pertahanan, seperti yang diketahui Singapore banyak menggunakan bola lambung terus kepada Penyerang Singapore (Duric / Qiu Li) dan Pertahanan Malaysia sangat berharap kepada Taktikal perangkap Offside. Apabila tidak menjadi, Penyerang Singapore dengan mudah meloloskan diri kedalam kawasan gol Malaysia. Man-to-man marking juga tidak dibuat. Sangat menghairankan!

Pujian harus diberikan kepada Penyokong Malaysia yang datang ke Stadium seramai 90,000 orang dan sejarah telah tercipta!

Berikut statistik perlawanan semalam:


Gol Malaysia (1)
Gol yang dihasilkan Malaysia berpunca dari hantaran bahagian tengah (Kunalan) kepada penyerang (Safee Sali) yang tidak dikawal. Sepakan kencang dan ketepatan beliau sangat dihormati lawan. Syabas Safee!!


Gol Singapore (1)
Hantaran bola tinggi lambung terus kepada Penyerang Singapore. Mereka sangat serasi dan selesa bermain bola tinggi; lihat kedudukan kedua-dua Penyerang Singapore ketika bola dihantar. Mereka cuma menggunakan 2 atau 3 orang menyerang pada satu masa. Memang tidak dapat dinafikan, Penyerang (import) mereka sangat hebat dalam kawalan bola.



Kelemahan Barisan Pertahanan Malaysia
Hantaran ini sangat berbahaya dan kawalan pemain Pertahanan Malaysia keatas Penyerang Singapore terlalu jauh.



Kelemahan Barisan Pertahanan Malaysia & Ketangkasan Penjaga Gol Malaysia
Bola ini dilarikan dari bahagian tengah oleh Qiu Li hingga kedepan pintu gol Malaysia dengan  mudah. Terlalu banyak ruang kosong ketika bola ditolak. Hanya Khairul Fahmi bertindak bijak.
Syabas Khairul Fahmi !!! Penjaga Gol #1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...