Sunday, July 24, 2011

Analisis rentetan gambar gol Singapore (5) keatas Malaysia (3)

Syabas Malaysia kerana berjaya melahirkan pemain-pemain yang berbakat!! Insyallah gabungan Harimau Malaya dan Malaysia U23 akan menjadikan kita pasukan yang digeruni lawan.

Skuad Harimau Malaya (Senior Team) mempunyai pemain yang bagus dibahagian Tengah (MD) dan Penyerang (FW). Manakala, Harimau Muda (Malaysia U23) pula mempunyai pemain Pertahanan (DF) yang berdisiplin dan cergas. Mungkin, kedua-dua team ini perlu bergabung untuk membentuk skuad yang lebih mantap.

Ramai yang memberi komen di Twitter dan Facebook, kekalahan Harimau Malaya disebabkan oleh kelemahan barisan pertahanan dan penjaga gol. Kebiasannya jika pertahanan tidak beraksi baik - penjaga gol beraksi baik. Tapi jika kedua-duanya tidak bermain baik, 'disaster' buat skuad Malaysia. Mungkin ada benarnya, mari kita lihat semula rentetan gol-gol tersebut.

Namun saya lebih sukakan: "Best defending is attacking" dan Malaysia berjaya buktikan pada separuh masa kedua.

Gol (1) Singapore
Lihat pada kedudukan pemain pertahanan "man-to-man marking" dan penjaga gol seolah2 tidak bersedia (kerana tidak menjatuhkan badan langsung untuk menyelamatkan bola tersebut).


Gol (2) Singapore
Lihat keadaan penjaga gol yang seolah2 tidak bersedia (kerana tidak menjatuhkan badan langsung untuk menyelematkan bola)


Gol (3) Singapore
Kegagalan pemain pertahanan mengawal pemain Singapore 'Mustafic' yang sedang mara kedepan.
Gol ini dihasilkan dengan cara yang sama dengan gol ketiga Liverpool: http://catatantoday.blogspot.com/2011/07/analisis-rentetan-gambar-gol-mudah.html



Gol (4) Singapore
Duric yang berjaya melepasi pemain pertahanan Malaysia dan membuat hantaran lintang rendah dikawasan pintu gol Malaysia. Dua lagi penyerang Singapore berada didalam kawasan gol tanpa dikawal. Tidak ada seorang pun pertahanan Malaysia cuba mengeluarkan bola yang sedang melintang tersebut - mungkin mengharapkan kelebihan Offside.
Cara gol ini dihasilkan cara yang sama dengan gol keempat Liverpool: http://catatantoday.blogspot.com/2011/07/analisis-percaturan-pemain-malaysia.html menerusi hantaran lintang rendah dan barisan pertahanan yang kosong.


Gol (5) Singapore
Gol ini adalah gol yang paling saya tidak suka kerana menampakkan kelalaian pertahanan Malaysia dihujung perlawanan. Sepatutnya, permainan ini berakhir dengan keputusan 4-3 dengan Singapore cuma berkelebihan satu gol. Persoalannya disini, perlukah Duric (Penyerang #1 Singapore) bersaiz 1.9m diberi ruang bergerak dengan mudah??? "Turning Shooting" merupakan cara shooting yang biasa dilakukan apabila penyerang apabila berada didalam kawasan gol - ianya sepatutnya telah dibaca oleh pemain pertahanan yang berpengalaman.

"Saya perhatikan kita sebenarnya bermain dengan baik pada separuh masa kedua, cuma kita buat kesilapan apabila melepaskan gol kelima yang tak sepatutnya diberi kepada Singapura."
Mengulas mengenai kemasukan Amirul Hadi Zainal pada babak kedua permainan, Dollah melahirkan rasa hairan mengapa jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan pemain sayap kanan itu sejak awal perlawanan lagi.
Dollah Salleh, Utusan Malaysia
 


Secara keseluruhan, saya inginkan Aidil (DF) dibahagian lastman kerana dia lebih berpengalaman. Mungkin Muslim berlum bersedia memikul tugas berat tersebut. Sharbinee (GK) agak gugup malam ini dan tidak berada pada prestasi cemerlang. Apapun, kelebihan 3 gol ditempat lawan, sangat menakjubkan!!!

References:
  1. Gol #1 Youtube Video, http://www.youtube.com/watch?v=BcnoQDwCd6A&feature=player_embedded
  2. Gol #2 Youtube Video, http://www.youtube.com/watch?v=YwNzxjA0skI&feature=player_embedded 
  3. Gol #3 Youtube Video, http://www.youtube.com/watch?v=U1kPq_Ulc60&feature=player_embedded
  4. Gol #4 Youtube Video, http://www.youtube.com/watch?v=oWoiy9WPayk&feature=player_embedded
  5. Gol #5 Youtube Video, http://www.youtube.com/watch?v=MfA2nZYxOiA&feature=player_embedded

3 comments:

  1. keeper x steady..defend muslim ngan fadhli shas x ok, asrarudin ngan mahali je bagus, midfield kunalan, amar, ngan amirul hadi ok, safiq x dek bleh tukar ngan ashaari samsudin..striker biar safee sali ngan abdul hadi..second leg mesti bleh menang, Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  2. Pergh, specific betul bro.. Tapi mmg betul pertahanan lembik..adess...hu3

    Macam xde smgt je diorg..

    ReplyDelete
  3. Don't feel bad, at least Malaysia's Tiger fielded local players. What little red dot did? All goals were scored by their 'Foreign Talents'. Little red dot might as well import the senior team of Chelsea, LiverPool, MU, Man city, Arsenal to win the competition. what glory is there if the game is won by a cosmopolitan team?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...