Sunday, July 31, 2011

Tarikh dan Masa Mencerap Anak Bulan Ramadhan

Apakah Anak Bulan ?
Anak Bulan (atau Hilal) merupakan Fasa Bulan (New Moon) yang berlaku apabila Bulan dalam gerakan mengelilingi Bumi, berada diantara Bumi dan Matahari.


Berikut gambar Anak Bulan yang berjaya dicerap...



Tarikh dan Masa Mencerap Anak Bulan ?
Penentuan Bulan Ramadhan 2011 akan ditentukan pada ...
Tarikh: 31 July 2011 @ 29 Shaban 1432
Masa: selepas 6 petang



Bagaimana Menentukan Tarikh Permulaan Puasa (Ramadhan) ?
Fatwa Malaysia menetapkan ...

"Anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan dilindungi awan (ghaim) padahalnya mengikut kiraan ahli-ahli falak syarie anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak syarie bolehlah digunakan. Tetapi kiranya cuaca baik dan anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah disempurnakan bilangan hari bulan itu sebanyak 30 hari"


Adakah Anak Bulan Sepatutnya Kelihatan Pada 31 July 2011 ?
Ya! Menggunakan software Planets (iPhone App), Bulan akan berada dalam kedudukan boleh dilihat sekitar pukul 7:23 pagi hingga 7:54 petang pada 31 July 2011. Matahari terbenam pada 7:27 petang.


Menggunakan software SkyView (iPhone App), pada pukul 8:38 pagi, Bulan sedang berada pada kedudukan sedikit melindungi Matahari (Cuaca Mendung pagi ini).


Dijangka, pada sekitar pukul 6:07 petang 31 July 2011, Bulan akan berada pada 25 degree diatas aras-laut (Elevation, EL) iaitu kedudukan yang sesuai untuk dicerap.



Keadaan Cuaca Pantai Timur Malaysia 31 July 2011?



References:
  1. Malaysian Metereologi, http://www.met.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...