Monday, August 1, 2011

Statistik Al-Quran : Jumlah Surah, Ayat, Halaman, Tempat Diturunkan

Maklumat-maklumat dibawah penting dalam kita merancang mengkhatam Al-quran.

Jumlah Surah = 114
Jumlah Juzu' = 30
Jumlah Halaman = 604 (Jenis Biasa)

Statistik Bilangan Halaman vs Juzu'
Setiap Juzu' mempunyai 20 Bilangan Halaman kecuali Juzu' #1 (21 Halaman) dan Juzu# 30 (23 Halaman).
Jika setiap hari kita membaca 20 Halaman, ini bermakna, kita mampu mengkhatam Al-Quran hampir setiap 30 hari.
Formula mencari Juzu' di Halaman berapa (kecuali Juzu' #1):

Halaman # = [(Juzu' - 1) x 2] "2"

Contoh, Halaman #? Juzu' #10
Halaman # = [(10 - 1) x 2)] "2"
Halaman # = 182


Statistik Bilangan Ayat vs Surah #
Jumlah Ayat yang banyak pada Surah-Surah diawal Al-Quran.
Jadi, Surah-surah awal mungkin mengambil masa lebih dari sehari untuk dihabiskan.


Statistik Bilangan Halaman vs Jumlah Ayat
Jumlah Ayat yang banyak tidak semestinya merujuk Surah yang panjang.

Surah yang melebihi 20 muka halaman adalah:
  • Al-Baqarah, 48 Halaman, 286 Ayat
  • An-Nisa, 29 Halaman, 176 Ayat
  • Ali-Imran, 27 Halaman, 200 Ayat
  • Al-A'raf, 26 Halaman, 206 Ayat
  • Al-Anam, 23 Halaman, 165 Ayat
  • Al-Maidah, 22 Halaman, 120 Ayat
  • At-Taubah, 21 Halaman, 129 Ayat
Antara Surah yang mempunyai Jumlah Ayat yang banyak tapi kurang dari 20 muka halaman:
  • Asy-Syu'ara, 10 Halaman, 227 Ayat
  • Ash-Shaffat, 7 Halaman, 182 Ayat

Ayat yang diturunkan di Mekah vs Madinah
Maklumat tambahan berkenaan Ayat yang diturunkan.

MadinahJumlah Ayat162326.03%
 Bilangan Surah28
 Purata Jumlah Ayat58
 Maksimum Jumlah Ayat dalam Satu Surah286
MekahJumlah Ayat461373.97%
 Bilangan Surah86
 Purata Jumlah Ayat54
 Maksimum Jumlah Ayat dalam Satu Surah227
Jumlah Ayat6236
Jumlah Surah114

Dimana jumlah ayat yang diturunkan di Mekah (74%)  lebih banyak berbanding di Madinah (26%); begitu juga dengan jumlah surah. Walaubagaimanapun, purata jumlah ayat yang diturunkan di Madinah (58) lebih tinggi berbanding di Mekah (54).


References:
  1. Al-Quran
  2. Statistical Analysis of Quran, http://www.quranicstudies.com/articles/miscellany/statistical-analysis-of-the-holy-quran.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...