Monday, August 1, 2011

Strategi Mengkhatam Al-Quran

"Ramadan Bulan Al-Quran: Para jumhur Ulama' mengetahui hubungan antara bulan Ramadhan dan Al-Quran, sehingga perhatian mereka sangat fokus kepada Al-Quran di bulan ini. Antaranya, Imam Malik tidak memberikan fatwa dan mengajar pada bulan Ramadhan dan beliau berkata bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Imam Syafi'ie setiap bulannya menghatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali dan sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. Imam Ahmad menutup kitab-kitabnya dan mengatakan bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran."
Ustaz Zahazan Mohamed

Merujuk kepada artikel yang lepas berkenaan Statistik Al-Quran:
http://catatantoday.blogspot.com/2011/08/statistik-al-quran-jumlah-surah-ayat.html


Strategi #1 : Satu Hari Satu Juzu'
Setiap Juzu' Al-Quran mempunyai sekitar 20 Halaman. Jika 20 Halaman dibaca setiap hari, maka Al-Quran dapat dikhatamkan dalam masa 30 Hari.

Strategi #2 : Empat Halaman Lima Solat
Jika 20 Halaman sehari dibahagikan kepada 5 Waktu Solat,
Maka hanya 4 Halaman dibaca disetiap waktu Solat. Contoh:
4 Halaman sebelum/selepas solat @
2 Halaman sebelum solat dan 2 Halaman selepas solat

Strategi #3 : Lima Halaman Lima Solat
Jika disetiap waktu solat, 5 Halaman dibaca. Ini bermakna, 25 Halaman dibaca setiap hari.
Maka, Al-Quran dapat dikhatamkan dalam masa 24 hari.
Merancang Khatam lebih awal (kurang dari 30 hari) lebih baik kerana diwaktu-waktu tertentu kita mungkin tidak dapat mendisiplinkan diri disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Strategi #4 : Tujuh Halaman Tiga Solat
Bagi mereka yang bekerja dan sukar meluangkan masa membaca Al Quran diwaktu Zohor dan Asar, mungkin strategi Tiga Solat ini diperlukan.
Jika disetiap waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh; 7 Halaman dibaca (21 Halaman sehari).
Maka, Al-Quran dapat dikhatamkan dalam masa 28 hari.
Jika 7 Halaman agak berat untuk dihabiskan,
3 Halaman sebelum solat, 4 Halaman selepas solat.

Online Al Quran
http://www.quranexplorer.com/quran/
http://tanzil.net/

Software Al Quran
http://zekr.org/quran/


Selaman Mencuba !!


References:
  1. Ustaz Zahazan Mohamed Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...