Sunday, November 27, 2011

Waze - Kemaskini Kawasan Anda

Satu masalah dengan Waze adalah peta yang bukan terkini. Jadi ia mempunyai masalah dengan routing perjalanan. Walaubagaimanapun, ia tetap baik dalam menyelesaikan masalah trafik.

Waze memerlukan anda sebagai penyumbang untuk mengemaskini peta di kawasan yang anda tahu. Kenapa anda perlu menyumbang? Jawapannya, supaya pengguna Waze atau rakan anda yang menggunakan Waze mudah datang ke rumah anda. Kini rumah anda bukan di dalam hutan lagi ;)

Kini saya juga salah seorang penyumbang di kawasan ini:





































Sangat mudah!

  1. Login ke www.waze.com
  2. Search kawasan yang anda ingin kemaskini
  3. Click "update"
  4. Click tanda "plus" seperti dalam gambar di atas.
  5. Pilih jenis kemaskini: "Road", "Roundabout", "Landmark"
  6. Jika anda pilih "Road", click pada hujung jalan yang sedia ada dan lukiskan garisan jalan yang anda ingin kemaskini. Di dalam gambar di atas, saya telah mengemaskini:
    1. Jalan Kajang Perdana 8
    2. Jalan Kajang Perdana 8a
    3. Jalan Kajang Perdana 8b
    4. Jalan Kajang Perdana 9
    5. Jalan Sakap 9
    6. Garisan Merah (Jalan penyambung)
    7. Surau Al-asmah (menggunakan jenis "Landmark")
  7. Akhir sekali, click icon "save" untuk menyimpan sumbangan anda. Untuk membatal kemaskini tersebut, click icon "tong sampah".
  8. Waze admin akan menyemak sumbangan anda sebelum dijadikan official peta.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...